Sunday, 17 March 2013

Duhai guru - guru hayatilah perasaan murid kita. . .



KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lam
bat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tenta
ng baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. 

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang
lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.


Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. 



Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " 


Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. . .

Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.


sumber dari - fb- 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=335904553184385&set=a.140437419397767.30265.100002945286074&type=1&theater

Muslimah Contoh Akhir Zaman masa kini. . .





Akhirnya dikau Ummu Nidhal telah menuju tempat yang diidam-idamkan oleh semua pejuang Islam. . . Allahuakhbar!! Semoga kami juga mengikut jejak langkah mu...














[Takziah kepada pejuang Palestin Ummu Nidal]

Ahli parlimen majlis perundangan Palestin, Miriam Farahat atau lebih dikenali sebagai Umm Nidal, meninggal dunia pada ahad 17/3/2013 selepas beberapa jam dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Al Shifa di Gaza City.
Ashraf Al Qedra, jurucakap menteri kesihatan yang berada di Gaza, mengesahkan kematian Umm Nidal di laman Facebook miliknya.

Umm Nidal juga akan disemadikan bersama tiga orang anak lelakinya yang gugur syahid di tanah perkuburan Al Shuhadaa.

Takziah kepada pejuang Palestin Umm Nidal.

Sumber gambar dan berita : Laman web Al-Qassam

Unit AQSA PERUBATAN.

" Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati "

" At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah "

PERUBATAN 2013/2014.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151388306633198&set=a.468853063197.252345.212104498197&type=1&theater
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...