Wednesday, 14 November 2012

Tazkirah Maal Hijrah


Alhamdulillah syukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama menyambut tahun baru maal hijrah. Semoga dengan keberkatan doa akhir dan awal tahun semoga mendapat rahmat dari Allah swt. 

Marilah sama-sama kita berhijrah dari berilmu kepada dengan lebih berilmu, beramal kepada lebih dan berlumba-lumba mencari amalan untuk dibawa ke negeri yang kekal abadi yakni jalan menuju alam akhirat agar kita berbahagia disana.

Marilah sama-sama kita ingat-mengingati antara satu sama lain terutamanya harta yang paling berharga yang telah diberikan oleh Allah swt iaitu nikmat pinjaman nyawa. Selain itu apabila setiap manusia yang telah diberikan pinjaman nyawa maka ada yuran yang perlu dijelaskan pada setiap hari. YURAN yang tidak perlu dibayar dengan wang ringgit atau emas dan belian bahkan hanya perlu dilaksanakan pada setiap hari LIMA kali sehari semalam.  Hanya dengan SOLAT sahaja dapat membayar atau menjelaskan YURAN HARIAN kita setelah dapat pinjaman NYAWA dari ALLAH swt. 

Oleh itu marilah kita sama-sama menjelaskan yuran kita hanya dengan melakukan solat secara mutlak tidak melakukan solat secara acuh tidak acuh. Jika kita mengunakan telefon mudah alih atau prabayar kita sanggup menambahkan jumlah kredit maka ayuh kita TOP-UP kita punya amalan lebih-lebih lagi SOLAT agar mudah-mudahan kita tergolong dikalangan umat nabi Muhammad s.a.w yang terbaik di zaman mutakhir ini. . 

Renungan buat semua...

TINTA ABU HANNAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...